Naza Sutera

http://www.naza-kiamotor.com/naza_sutera.htm








http://www.naza-kiamotor.com/naza_sutera.htm

Evolusi Motosikal





Ekstraktor Tingkat Kemampuan Enjin

PAIP ekzos asal dari kilang membenarkan sejumlah besar asap ekzos untuk tinggal pada setiap silinder, di mana ia akan bercampur semula dengan campuran petrol dan udara yang baru (fresh incoming fuel charge).
Apabila ini terjadi, semakin kurang campuran petrol-udara baru yang dapat dimasukkan ke dalam silinder sewaktu lejang pengambilan (intake stroke). Kurang campuran petrol-udara baru ke dalam silinder bermakna kurang pengeluaran kuasa enjin dan juga kejatuhan pada tahap kecekapan (efficiency) setiap lejang (stroke).
Ini bermakna, paip ekzos asal keluaran kilang, mengehadkan penjimatan petrol dengan membuat enjin kereta berkerja lebih keras untuk membawa berat badan kereta.Asap ekzos yang terperangkap itu juga menyumbangkan kepada suhu operasi enjin yang lebih tinggi, jangka hayat palam pencucuh yang pendek dan pra-pembakaran (pre-ignition) yang dikenali sebagai "pinging".
Bagaimana ekstraktor dapat meningkatkan kemampuan enjin? Ekstraktor bukanlah suatu ekzos paip biasa. Ekstraktor perlu direkabentuk dengan teliti supaya ia dapat menarik kesemua asap ekzos yang terpakai secepat mungkin dan dengan menyeluruh dalam masa yang paling singkat.
Apa itu ekstraktor?.
Alat ini menyedut (extract) asap ekzos dengan lebih berkesan. Reka bentuk ekstraktor dibuat untuk mengelak rintangan pergerakan asap dan menggalakkan kesan menyedut seperti menyedut air dengan hos daripada akuarium ikan.Tetapi, berhati-hati kerana kebanyakan kepala ekzos yang dinamakan "ekstraktor" di pasaran kini mungkin tidak boleh mencapai tujuannya sama sekali dan hanya membuang duit dan masa anda. Ekstraktor itu sebenarnya merendahkan keluaran kuasa enjin dan meninggikan kegunaan bahanapi.
Di sini diberi sedikit penerangan mengenai reka bentuk ekstraktor dan pergerakan asap ekzos. Sudah tentu kita berpendapat bahawa paip ekzos yang lebih besar itu mesti lebih baik, bukan? Tetapi, ini tidak benar. Kebanyakan ekstraktor di pasaran dalam kumpulan ini mempunyai saiz paip yang berlebih-lebihan. Semuanya lebih besar. Sudah tentu bunyinya pun lebih besar dan begitu kuat sehingga terdengar satu kampung. Sebenarnya, paip saiz yang betul tidak perlu besar. Paip yang kecil boleh mempercepatkan pergerakan asap ekzos dan menambah kuasa kuda dan torl enjin pada RPM yang lebih rendah.
Kalau kita ingat semula perbandingan air dari akuarium, hos yang berlubang besar itu sentiasa berputus-putus pergerakan airnya kerana termasuk udara. Sebaliknya, hos yang berlubang lebih kecil tidak berputus-putus pergerakan airnya. Tetapi, hos yang sangat kecil lubangnya terlalu lambat pengeluaran airnya. Jadi, kita harus mencari hos yang berlubang tepat saiznya di mana tidak terlalu kecil atau terlalu besar.
Dengan keadaan ini barulah kita mendapati ekzos yang cekap sekali dengan pergerakan asap yang lancar, berterusan dan mengeluarkan asap dengan kuat.
Bagaimana hendak diketahui saiz yang sesuai?
Saiz paip ekzos ini perlu dihitung dari satu formula khas untuk menyesuaikan kuasa enjin dan bentuk asi sesondol (camshaft) yang berkenaan.Sedikit pesanan. Elakkan dari menukar bahagian ekzos lain sehingga penyenyap belakang (silencer) dengan ekzos berlubang besar. Keadaan ini tidak membantu pergerakan asap.
Minta pertolongan seorang kawan yang sudah memasang ekzos berlubang besar pada keretanya dan cubalah satu ujian ringkas. Hidupkan enjin dan letak tangan anda di hadapan paip ekzos belakang.
Bolehkah anda merasa tekanan gas ekzos kereta kawan anda itu? Atau, ia keluar dengan lemah?
Sistem ekzos yang terbaik mengeluarkan asap ekzos dengan tekanan yang kuat dan cepat. Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sebuah mesin hampagas (vacuum cleaner). Penyedutan yang kuat bermakna angin yang keluar daripada belakang mesin itu pun sama-sama kuat. Kalau lubang hos sedutan mesin itu ditutup dengan sempurna, angin yang keluar dari belakang mesin itu pun berhenti.